Berapa Nak Letak Harga Barang Kraf?
>> 28 June 2013
Semalam ketika berangan-angan dan nak hampir tidur, tiba-tiba dapat panggilan telefon dari geng kraf otai yang low profile. (terror sebenarnya, tapi sbb sibuk dengan hal keluarga, maka beliau tak sempat nak ber kraf dengan gigih).
Soalan beliau: Macam mana nak letak harga barang kraf ya (price tag)? Sebab baru-baru ini, beliau telah mendapat "bulk" order dari customer. Jawapan saya: Tahniah! dan cara-cara yang saya pernah saya pelajari dari guru-guru termasuk pengalaman jual barang kraf sendiri secara online adalah seperti berikut:
Price tag setiap barang kraf mengandungi 2 harga:
1. Modal beli barang
2. Harga skil/kepakaran diri sendiri
Price Tag produk kraf = Modal Barang + Harga skil
Untuk memudahkan senario ini, jom kita assign nama2 (bukan nama sebenar yer)
- Customer = Cik Gayah
- Crafter = CikKiah
- Jumlah order = 50 unit
- Produk = "Produk A"
Modal Barang
a. Senaraikan semua keperluan yang di perlukan untuk menyiapkan 50 unit bulk order "produk A.
b. Senaraikan harga dan jumlah kan semua, kemudian bahagikan dengan 50. Katakan lah modal semua berjumlah RM200. Bahagi dengan 50 unit, bermaksud modal untuk membuat setiap unit "produk A" = RM4
Harga Skill/ Kepakaran
1. Catatkan jumlah masa yang diambil untuk siapkan satu unit "produk A" tu. Kene purely masa yang di ambil untuk siapkan produk ni, dari zero sampai lah siap. (tak termasuk time-out pi makan kejap ka..bancuh susu anak ka dan seumpama nya yer..) untuk keselamatan, pakailah stop watch dan catatkan di atas sekeping kertas. Bila dah siap, campurkan jumlah masa tersebut. Maka itulah jumlah masa yang di ambil untuk menyiapkan satu unit "produk A".
2. Ulang proses di atas sebanyak 2 kali untuk amik purata atau catatan masa terbaik. Kenapa kene ulang? Sebab selalu nya bila dah buat 3 kali, teknik membuat menjadi semakin cepat, dan masa yang di ambil utk siapakan satu unit semakin berkurangan - this is to be fair to the customer lah kan. Takkan kita nak charge depa sebab teknik pembuatan kita "slow" atau sebab kita lambat terror :)
3. Lepas repeat sebanyak 3 kali, boleh agak dah berapa lama nak siapkan menyiapkan satu unit "produk A" itu. Katakan lah lepas campur-campur dan bahagi, jumlah nya 3 jam. Maka dengan itu, 3 jam telah diambil untuk menyiapkan satu unit "produk A" ni.
4. Sekarang, Cik Kiah kene tanya diri sendiri, skil/ kepakaran anda tu berapa nak bayar sejam ye? Kalau budak-budak yang kerja kat KFC dibayar RM5 sejam, maka make sure lah Cik Kiah membayar diri sendiri lebih dari itu. Kalau tak, lebih baik Cik Kiah pergi kerja kat KFC aje. kurang-kurang dapat jugak makan ayam free..hehe :) p.s: saya pun tak pasti berapa KFC bayar mereka sejam yer..tu main letak aje..dan malas nak selidik atau google..no offense, ok.
5. So lepas fikir-fikir, mungkin Cik Kiah pun rase beliau layak mendapat upah yang lebih dari gaji budak-budak yang kerja kat KFC tu. Katakan lah, Cik Kiah decide meletakkan harga RM8 sejam. Maka, harga skil/kepakaran Cik Kiah untuk menyiapkan satu unit "produk A" adalh RM8 x 3 jam = RM24
MAKA oleh, itu:
Price tag satu unit "produk A" =RM4 (modal) + RM24 (skil) = RM28
So harga 50 unit produk A = RM 28 x 50 unit =RM1400
So RM1400 tu kira baseline aje lah yer. Dari jumlah ini, Cik Kiah boleh consider bagi diskaun lagi kepada Cik Gayah sebab Cik Gayah ni placed "bulk order" (kira kasi harga wholesale la ni) - bermaksud, a lot of time saving untuk Cik Kiah yang kini, boleh kosentrate buat produk aje, instead of buat produk dan pada masa yang sama, kene spend masa (atau modal) untuk buat marketing. (masa = update FB, tulis blog; modal=buat iklan berbayar). Cik Kiah juga mungkin boleh consider lepas buat banyak-banyak, semakin lama semakin cepat pulak siap dan telah berlaku banyak time sving di situ. Repetitions make faster and perfect :)
So begitulah kire-kiranya kisah nya yer. Ekjas-ekjas sikit, lepas tu bole lah kasi Cik Gayah salinan "Sebut Harga". Jangan lupa, Cik Gayah misti akan tawar menawar punye (hanya di Malaysia!). So Cik Kiah kene upkan lah sikit harga tu, so that nanti CIk Gayah akan suke kalau Cik Kiah agree untuk kasi additional 10-15% diskaun yer..sama-sama win-win situation, okkk..
Kesilapan
Kebanyakan kesilapan "geng Cik Kiah" adalah meletakkan price tag dengan hanya mengambil kira modal beli barang sahaja, dan tidak membayar diri sendiri dengan kepakaran/ skil yang ada. Macam contoh "Produk A" tadi. Modal RM4 dan depa jual RM15. Depa rase dah untung banyak dah (RM11 profit lah kunun), tapi hakikatnya, depa tidak membuat sebarang untung pun. Skil adalah minat, cinta dan masa. Maka ia perlulah di hargai dan dibayari, ok..
Kebanyakan kesilapan pembeli pula tidak daat membezakan nilai harga barangan kraf tempatan dengan barangan kraf buatan China ( dan berkira tentang itu). Kraf buatan China memang lah murah, tapi satu Malaysia pun pakai yer. Otherwise, support dan beli lah barangan kraf tempatan yer. Tentu-tentu nya unik dan mak sorang jer yang akan pakai (if not 2 or 3 is still not too bad)
Lain-lain nota
My other tot is, tak salah lah kalau kita support "geng Cik Kiah" kat malaysia ni. Sebab dengan ada nya depa-depa ni, maka kurang lah sikit jumlah yang kene bersaing makan gaji tu. Kurang chansa untuk berebut jawatan di ofis. kurang sikit kesesakan jalan raya (sbb depa buat kerja dari rumah je). Kurang sikir persaingan siapa punya baju lagi lawa, atau mekap siapa lagi lawa kat ofis tu (sbb depa hanya perlu melawa kat rumah aje). paling pentiiiing...kurang juga chansa laki hangpa yang keje kat ofis tu kene curi....kwang..kwang..kwang..hehe....sori no offense ok..tapi hakikatnya memang mcm tu lah..kalau nak list memang banyak kebaikan nya. Tapi lassssssssst sekali, tak salah kita hargai minat dan cinta meraka kepada art dan seni :)
5 comments:
Salam kak , info yang best. Baru pandai. Hihihi
Wsalam. Sama-sama..hehe..harap2 satu pencerahan yang berguna untuk semua geng2 cik kiah yer...hihi
Salam, great post! I agree that crafters often undervalue their time. We should all support handmade and the skill that crafters put into their work :)
Wsalam, glad to know there are ppl out there, who think the same way I did :)
Baru ku tau gitu rupanya nak charge.. selama ni wat craft letak harga mmg myrah giler.. bayar tuk diri sendiri tu langsung tak kira.. tak pe learn from mistake :)
Post a Comment