Recycle Bantal Tidur

>> 6 March 2014

Pembaca yang di kasihi

Dalam blog entri yang lalu, saya telah berkongsi tutorial ringkas bagaimana untuk DIY bantal sofa hasil recycle bantal kekabu lama. Hari ni saya nak berkongsi pula tentang bantal dari jenis span; bagaimana untuk menrecycle bantal2 ini, dan yang jenis mana pulak yang layak di bakul sampahkan sahaja. Semua siasatan yang aneh ini adalah hasil dari projek berpindah rumah ye

Dimulai dengan bantal span yang boleh di recycle. Jom tengok jenis mana yang boleh di recycle.

bantal span lama pertama - nampak mcm tebal tapi sebenarnya dah leper. tapi bentuk segi empatnya maintain.

bantal span ke 2: jenis vono. Dapat free masa beli katil vono. Dah berumur lebih 1o tahun. Yang ni lebih leper dari batal pertama. Kalau baring, boleh rasa suhu lantai.
 

Ok, jum lihat bagaimana saya recycle kedua2 bantal span ini:

Memula tetas kedua2 bantal. tetas all the way sbb kita nak bawak keluar isi perut bantal ni sekeping terus
sudah di tetas. lihat span di dalam mereka. sangat berbeza dengan isi perut bantal kekabu
keluarkan semua isi bantal ni. keluarkan ala sekeping terus.
ni lah hasilnya. span nya maintain berbentuk 4 segi.

 
combinekan span pertama dengan yang ke dua atau vice versa. tgk la peta mana yang mcm ok sikit. 
selepas di combine, bantal dah jadi tinggi dan montel
 
jahit jelujur semula pada sepanjang jahitan yang telah di tetas. Dan..siap
Dah siap. 4 biji bantal tidur yang leper telah menjadi 2 biji bantal tidur yang montel.

ok, jum pula tengok jenis span yang wajib di buang sahaja.

bantal lama. lihat bentuk muka bumi nya yang dah berbukit bukau

bila di buka: lihat span nya dah hancur dan tidak berbentuk 4 segi lagi.
Kalau ada bantal yang jadi macam ni, masukkan ke dalam plastik hitam dan buang aje lah. Nak tidur pun dah tak selesa. Silap gaya boleh dapat migrain.

ok sekian kisah bantal. Lepas ni kalau nak tulis lagi pun mungkin tutorial bagaimana untuk menjahit sarung bantal pula (janji manis ku). Apa pun, stay tune.

bye2

KLIK UNTUK TERUS MEMBACA. ..

Tutorial Membuat Bantal Sofa

>> 4 March 2014

Salam

Pengujung blog yang di hormati. Semoga sihat2 belaka; sihat fizikal je tak cukup. Misti perlu sihat minda juga.

Dalam blog entri terdahulu saya ada menulis tentang projek men"recycle" bantal-bantal lama. Biasalah, bila berpindah rumah, banyak barang yang perlu di bawa, di simpan dan tak kurang juga, perlu di buang.

Tapi macam bantal ni, nak buang memang tak tergamak ler. Walau cover bantal-bantal ni telah melengkapi seluruh peta dunia, tapi kekabu nya masih cantik lagi.

beg bantal ni semasa di beli di sogo. bantal ni semua saya beli masa 60% off

another reason not to just buang - cotton pillow dan konfem bersih dari makhluk2 asing
bila di buka, kekabunya mmg konfem masih cun lagi.
Sebab bantal untuk tidur dan cukup banyak, jadi saya rase ada baik juga kalau kekabu2 ini di recycle menjadi bantal untuk sofa je.

Mula sekali, kene buat "batang bantal" lah dulu. "Batang bantal" ni nanti akan di isi dengan kekabu untuk menjadi bantal. Lepas dah jadi bantal, baru lah kita boleh sarungkan dengan sarung bantal. Harap maklum bagi yang tak faham apa itu istilah "batang bantal"

Untuk tujuan ini, saya memilih untuk membuat cushion bersaiz 18 x 18  inci. Rasenya saiz ni bukan lah saiz standard. Tapi tiada masalah sebab lepas ni sarung untuk bantal sofa ini juga akan di bikin sendiri. (nota: paling selalu saiz 14 x 14 inci, atau 16 x 16 inci. Saiz ini merujuk kepada saiz bantal untuk sofa dari jenis span yang sebelum ini pernah di beli di Jaya Jusco)

Kain yang saya gunakan tak pasti dari jenis apa. Tak kisah lah kain apa pun, janji tahan lasak sikit lah. Sebab bantal untuk sofa ni juga ada potensi akan di lukis dengan peta-peta dunia juga :)

Ok jom buat batang bantal nye dulu
lipat kain, ukur 18 x 18 inci dan tandakan (lipat kain=save benang. else kalau nak potong jadi 2 keping yang berasingan pun ok juga. 
basi 1/2 inci pada semua sisi kecuali sisi bawah (sisi yang di lipat)
jahit mesin di sepanjang basi, tinggalkan 3 inci untuk ruang memasukkan kekabu

bulatkan sedikit pada setiap sudut, lepas tu trim lah ikut curve tu untuk mendapat bucu bantal yang cantik. Bahagian yang berlipat dah tak perlu dijahit lagi. save benang, masa dan effort menjahit.
 
ruang untuk memasukkan kekabu - kira2 3 inci atau janji boleh muat tangan.
terbalikkan dan kemaskan bahagian bucu. Boleh guna hujung apa2 yang runcing atau guna gunting ke, tapi jangan lah sampai terbocor pula.

 ok, batang bantal sudah siap. Sekarang, proses membaraikan bantal lama

amik bantal yang nak di recycle, dan tetas jahitan pada mana2 sisi sebesar boleh-masukkan-tangan

terbuka sudah, lihat kekabu yang masih cantik itu.
seterusnya proses transfer kekabu

dari batang bantal lama ke batang bantal baru

ni lebihan kekabu dari stok simpanan, pun boleh taruk sekali lah

transferlah kekabu sampai batang bantal jadi montel
sudah montel, tepuk2 sikit kasi kekabu evenly distributed

Seterusnya, proses akhir menjahit dan mengemaskan batang bantal



jahit sembat pada ruang memasukkan kekabu tadi

jahit lah sampai habis, lepas tu tepuk2 balik


siap sudah. ada 3 bijik semua nya.
Senang je kan. Yang ni untuk recycle bantal yang dari jenis kekabu. Ikuti siri seterusnya untuk recycle bantal dari jenis span pula. Span pun ada dua jenis - yang boleh di recycle dan yang boleh di buangkan terus je ke dalam tong sampah. Tunggu..

Bye2

KLIK UNTUK TERUS MEMBACA. ..

Asas Tentang:

Idea Untuk :

Buku Jahitan

Tutorial Saya

Tutorial Bunga Fabrik dan Kertas

Tips Untuk Blogspot

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

About Me

Followers

CraftZone

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP