Recycle Bantal Tidur

>> 6 March 2014

Pembaca yang di kasihi

Dalam blog entri yang lalu, saya telah berkongsi tutorial ringkas bagaimana untuk DIY bantal sofa hasil recycle bantal kekabu lama. Hari ni saya nak berkongsi pula tentang bantal dari jenis span; bagaimana untuk menrecycle bantal2 ini, dan yang jenis mana pulak yang layak di bakul sampahkan sahaja. Semua siasatan yang aneh ini adalah hasil dari projek berpindah rumah ye

Dimulai dengan bantal span yang boleh di recycle. Jom tengok jenis mana yang boleh di recycle.

bantal span lama pertama - nampak mcm tebal tapi sebenarnya dah leper. tapi bentuk segi empatnya maintain.

bantal span ke 2: jenis vono. Dapat free masa beli katil vono. Dah berumur lebih 1o tahun. Yang ni lebih leper dari batal pertama. Kalau baring, boleh rasa suhu lantai.
 

Ok, jum lihat bagaimana saya recycle kedua2 bantal span ini:

Memula tetas kedua2 bantal. tetas all the way sbb kita nak bawak keluar isi perut bantal ni sekeping terus
sudah di tetas. lihat span di dalam mereka. sangat berbeza dengan isi perut bantal kekabu
keluarkan semua isi bantal ni. keluarkan ala sekeping terus.
ni lah hasilnya. span nya maintain berbentuk 4 segi.

 
combinekan span pertama dengan yang ke dua atau vice versa. tgk la peta mana yang mcm ok sikit. 
selepas di combine, bantal dah jadi tinggi dan montel
 
jahit jelujur semula pada sepanjang jahitan yang telah di tetas. Dan..siap
Dah siap. 4 biji bantal tidur yang leper telah menjadi 2 biji bantal tidur yang montel.

ok, jum pula tengok jenis span yang wajib di buang sahaja.

bantal lama. lihat bentuk muka bumi nya yang dah berbukit bukau

bila di buka: lihat span nya dah hancur dan tidak berbentuk 4 segi lagi.
Kalau ada bantal yang jadi macam ni, masukkan ke dalam plastik hitam dan buang aje lah. Nak tidur pun dah tak selesa. Silap gaya boleh dapat migrain.

ok sekian kisah bantal. Lepas ni kalau nak tulis lagi pun mungkin tutorial bagaimana untuk menjahit sarung bantal pula (janji manis ku). Apa pun, stay tune.

bye2

0 comments:

Post a Comment

Asas Tentang:

Idea Untuk :

Buku Jahitan

Tutorial Saya

Tutorial Bunga Fabrik dan Kertas

Tips Untuk Blogspot

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

About Me

Followers

CraftZone

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP