DIY Tutorial Patchwork & Quilting : Pot Holder

>> 15 June 2015

Assalamualaikum,

Hari ni saya nak share tutorial DIY membuat Pot holder. Tak pasti nama commercial dalam bahasa melayu nya apa ya - pemegang periuk ke? Barangnya, seperti dalam rajah dibawah ni ya.

Anyway, untuk tujuan ini saya akan mengaplikasikan teknik patchwork dan quilting yang mudah untuk sesiapa sahaja untuk mencubanya. Boleh review basic patchwork dan quilting pada link ini. Nota * Sebab projek ni berskala kecil, so ada step2 yang saya skip dan mudahkan ya.

Yang mengujakan tentang projek ini adalah saya akan menggunakan fabrik yang sama dengan fabrik yang saya gunakan untuk membuat 2 helai floor mat dan table mat seperti dalam blog entri terdahulu. So nanti bila  masuk dapur, semua sedondon macam tu :)

Gambar demo- gambar bawah pot holder sedondon dengan table mat itu.


Ok, jom mula.

1. Pola
a. Lukis pola half circle (bulatan separuh) - ukuran diameter 7"  (refer pada gambar, setiap petak = 1 inci).
b. Buat satu garisan menegak 1" dari garisan half circle tu.


2. Sediakan fabrik untuk set 1
- 4 x 4 inci merah kosong dan bercorak - 2 keping setiap nya = 4 keping
- 8 x 8 inci merah kosong = 1 keping
- 8 x 8 inci batting - 3 keping * supaya betul2 tahan panas :)



3. Sediakan fabrik set 2
- 8 x 3 inci bercorak = 2 keping
- 8 x 3 inci kain belacu = 2 keping  - yang ni kasi besar sikit pun ok
- 8 x 3 inci batting 2 keping x 2 = 4 keping * nak pakai 1 keping setiap satu pun ok, sbb bahagian ni bukan yang menahan kepanasan.



 4.  Fabrik extra - merah kosong
- 1.5 inci - panjangnya dalam 8 inci - untuk binding set 2
- 2 inci - panjangnya agak2 untuk binding keliling pot holder * seeloknya potong fabrik ni ala "diagonal" so that nanti finishing "tak tertarik". Tapi saya pun potong menegak jer, sebab kain tak de banyak extra - projek menghabiskan leftover :)
- 1 inci - panjang dalam 4 inci - untuk buat tali pot holder ( tak de dalam gambar dibawah)




 5.  Patch
a. Ambil set 1
b. "Patchkan" 4 keping fabrik 4 x 4inci berselang, seperti rajah dibawah - Jangan lupa seterika setiap kali habis jahit


6.Quilt
a. Lapiskan hasil jahitan dari step 5 dengan batting dan kain merah kosong 8 x 8 inci * merah kosong(paling bawah, batting 3 lapis (tengah2) dan jahitan dari step 5 (paling atas)
b. Pin kan kesemuanya. * kalau rajin jahit tangan kasar2 dahulu.
c. "Quiltkan" dengan jahitan lurus menggunakan mesin jahit mengikut corak kegemaran. - saya jahit diagonal sahaja 



7. Ni hasil dari set 1


8. Ambil set ke 2.
a. Lapiskan kain belacu (paling bawah), batting 2 lapis (tengah2) dan kain bercorak (paling atas)
b. Pinkan
c. "Quiltkan" - saya buat beberapa jahitan menegak sahaja.


9. Ni lah hasil dari set 2


 10. So sekarang kita ada 3 bahagian yang telah di patch dan quilt


11. Redraw
a. Ambil pola dan lukis semula bulatan pada hasil set 1
b. Jahit mesin di sekeliling bulatan itu - untuk memudahkan step 12


12. Trim
a. Gunting ikut jahitan tadi - atas sedikit dari jahitan ala sipi-sipi.


13. Ulang setp 11 dan 12 untuk set 2 - jangan lupa, garisan menegak adalah baseline nya - refer step (1b)


 13. Ni hasilnya


14. Bind
a. Ambil fabrik extra yang bersaiz 1.5 inci lebar.
b. Jahitkan binding pada set 2


15.  Ni hasilnya

16.Combine set 1 dan 2
a.  Tindan kan set 1 dan set 2 seperti rajah di bawah.
b. Kemudian cantumkan keduanya dengan jahitan mesin mengelilinginya.


17. Ni hasilnya


18. Binding
a. Ambil fabrik extra yang lebar 2 inci.
b. Jahitkan disekeliling bulatan.
c. Kemudian terbalikkan, dan kemaskan


19. Tali
a. Ambil fabrik extra yang lebar 1 inici
b. Buatkan "tali".
b. Selitkan seperti pada rajah dengan jahitan tangan. * bole juga kalau nak jahit mesin tali ni masa step 16

20. ok Siap - ukuran ~ 7 inci diameter - pandangan atas


21. Pandangan dalam - tempat letak jari


22. Gambar live kat "show room" ku :)



ok, selamat mencuba

3 comments:

Unknown 20 July 2015 at 18:39  

Cantiknyerr.. sngt kreatif, mcm dijual kt kedai :-) ..nk tnya, seeloknya pkai fabrik jnis apa, cotton @ koshibo?

Jahitjahitan 9 August 2015 at 16:53  

Cotton biasa pun bole. Saya pakai cotton tebal leftover kain langsir dan (projek sulaman riben) ...sbb utk brg2 dapur kasi lasak dan heavy duty ckit :-)

Unknown 5 August 2021 at 02:43  

Brp inci ketebalan batting tu?

Post a Comment

Asas Tentang:

Idea Untuk :

Buku Jahitan

Tutorial Saya

Tutorial Bunga Fabrik dan Kertas

Tips Untuk Blogspot

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

About Me

Followers

CraftZone

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP