Matching Cushion Cover - Bahagian 1

>> 30 March 2012

For English version, click here 

telah siap

Vintage, sulaman bunga yang mencabar, remeh dan paling mengambil masa, tetapi yang paling saya gemari kerana hasil nya yang cantik dan mempersona. Tahniah kepada guru saya kerana telah mereka cipta teknik ini dengan jaya.

Untuk projek kali ini, saya bercita untuk membuat sepasang "bordered-cushion cover" yang bersaiz 14 x 14 inci. Untuk tujuan ini, fabrik cotton tebal berwarna hitam digunakan. Untuk bahagian "borner, lebar fabik perlu dilebihkan sebanyak 2 inci pada kesemua sisi.


Saya menggunakan reben satin  merah jambu berwarna sederhana dan berlainan saiz untuk membentuk bunga dan kudup-kudup bunga.

siap untuk di jahit pada fabrik
Saiz reben yang berlainan juga digunakan untuk membentuk bahagian batang. Untuk bahagian ranting kecil, sulaman benang biasa di gunakan.

Persiapan untuk menyulam daun
Untuk sentuhan terakhir, ranting-ranting kecil dihiasi dengan daun-daun kecil yang menggunakan teknik ribbon-stitch, kemudian di penuhi dengan debunga kecil yang menggunakan teknik french knot.

Akhirnya siap.
telah siap
Untuk langkah yang seterusnya, saya perlu mengulangi jahitan yang sama untuk fabrik ke 2 (matching cushion cover) Perbezaannya, pola perlu di lukis semula, dengan imej baru, seakan ada pantulan cermin pada bahagian sisi. Maksudnya, kali ini, kedua kudup bunga perlu di lenturkan ke arah kanan pula.

Nantikan sambungan untuk projek ini di dalam entri hadapan.





KLIK UNTUK TERUS MEMBACA. ..

Hari Kraf Kebangsaan 2012

>> 28 March 2012

For English version, click here

Hari Kraf Kebangsaan datang lagi - sebuah pameran tahunan yang penuh dengan kepelbagaian dan keterujaan.

Alhamdulillah, penulis terdorong untuk ke sana dengan menaiki kenderaan sendiri. Dalam suasana hari yang mendung dan mencuakkan, kenderaan selamat di letakkan di parkir "biru", kemudian menaiki shuttle yang disediakan untuk ketapak pameran. Penulis membayangkan bagaimana jika diri sedang menunggu-nunggu shuttle di stesyen LRT Ampang Park, kerana selepas itu mendapat tahu, perkhidmatan shuttle hanya ada di stesyen KLCC di Jalan Binjai. Setiba di sana, penulis berdiri dengan agak lama sambil membaca jadual perkhidmatan shuttle di Ampang Park dengan penuh kehairanan.

Seperti tahun-tahun dahulu, gerai tekstil dan produk pakaian memonopli ruang pameran. Penulis hanya berkawat laju, sambil membalas senyuman-senyuman penjual yang sedang memenangi hati pelanggan.

Gerai Tekstil - songket
Ada persembahan kesenian

samada tersalah pakaian atau tema pameran

Saya menegur seorang adik dan bertanya "dia ni familiar tapi siapa ya". Jawabnya pendek - Isma


Sebaliknya, penulis menghabiskan masa berkualiti di gerai-gerai ini:

hasil rotan

hasil mengkuang

hasil ukiran kayu

mengkuang lagi

kraf dari tali

bantal hiasan
Dalam berjalan-jalan, penulis terhenti dengan agak lama di gerai ini. Suasana sedikit sunyi, mungkin kerana ramai yang sudah hampir melupai hasil seni tekad ini. Rupanya, penjual kedai ini juga amat teruja dengan kehadiran penulis. Beliau sendiri mengakui, agak sukar mencari pengganti untuk meneruskan usaha seni ini.

Untuk rekod, ibu penulis pada suatu masa dahulu, adalah seorang yang berkebolehan membuat pelbagai produk dari hasil tekad ini. Apabila usia berlalu, maka tiada lagi minat untuk meneruskan, dan hasil-hasil lamanya sekadar menjadi pameran dan di makan hari dengan perlahan-lahan.

Penulis menghantar pesanan ringkas sms kepada kakak dengan gembira, pencarian kami telah berjumpa. Kami telah lama bercita untuk meneruskan waris-jari-ibu ini, tetapi tersekat dengan pelbagai halangan dari segi bekalan dan pelbagai ALASAN. Sesuatu yang amat menggembirakan di perolehi pada pameran pada tahun ini.





Akhirnya, sesuatu untuk di bawa pulang



KLIK UNTUK TERUS MEMBACA. ..

Cushion Cover - Love

>> 27 March 2012


Ini adalah antara hasil sulaman terawal yang sudah berusia lebih 6 bulan, sebelum dijadikan cushion cover baru-baru ini. Sulaman ini hanya menggunakan 3 teknik asas iaitu folded rose, straight stitch dan french knot.

Kalau diteliti dengan betul, kuntuman folded rose nya masih kelihatan ketat. Malah saiznya mungkin hanya 3/4 dari saiz folded rose yang telah di hasilkan kini, setelah melalui proses lahitan yang berterusan.

Sekiranya anda ingin membuat tempahan cushion cover (dari kain cotton) dengan patern ini, sila hubungi earnideas96@gmail.com.



hasil sulaman sebelum di jadikan cushion cover
cushion cover - 16 x 16 inci dan berzip di tepi


KLIK UNTUK TERUS MEMBACA. ..

Matching Cushion Cover

>> 26 March 2012



Ini adalah pengalaman pertama saya menjahit "Matching" cushion cover dengan menggunakan 6 teknik bunga sulaman reben (ribbon embroidery). Cabaran kali ini tentu nya untuk memastikan sulaman pada cushion ke 2 perlu menyerupai cushion yang pertama, baik dari segi saiz, kedudukan dan kekemasan. 

Cabaran untuk kekemasan pada bahagian belakang pula adalah untuk memastikan zip tidak akan "kelihatan" setelah bantal di masukkan.

Untuk tujuan foto, saya menggunakan bantal bersaiz 16 x16 inci yang dibeli di Jaya Jusco dengan harga RM6.99.

Saya menawarkan harga pengenalan yang menarik untuk pembelian "Matching" cushion cover ini. Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini.






"Matching" cushion cover bersaiz 16 x 16 inci, menggunakan fabrik cotton tebal.

Pandangan Depan

Pandangan belakang - berzip

Rose

Bunga Matahari

Strawberi "ungu"

Running Rose

Carnation

Spider Web

KLIK UNTUK TERUS MEMBACA. ..

Tudung - Resume Lama

>> 21 March 2012

Ya, saya juga pernah menjahit tudung, tetapi sudah agak lama meninggalkan bidang jahitan ini, kerana faktor kos dan mendapatkan bekalan kain agar dapat bersaing harga.

Kali terakhir saya menjahit tudung dengan serious hampir 2 tahun yang lalu. Secara kebetulan, seorang kenalan telah terlihat tudung yang dijahit oleh saya sendiri dan berminat untuk menempah tudung-tudung beliau agar dapat mengikut ukuran beliau yang inginkan tudung yang lebih labuh agar dapat menutup aurat dengan lebih sempurna. Pun begitu, beliau juga mahukan ukuran yang tepat pada bahagian bahu, agar elok tidak terlalu panjang dan kelihatan seperti memakai telekung. Mungkin kerana berpuas hati dengan "customization" telah saya lakukan dengan sempurna, lalu hampir kesemua tudung-tudung beliau selepas itu di tempah kepada saya. Dan pada ketika itu juga,
saya mula mendapat tempahan jahitan tudung dari kenalan dan sahabat yang lain.

Namun, sejak akhir ini, banyak bekalan tudung-tudung telah siap di bawa masuk dan di jual dengan harga yang lebih murah. Tudung-tudung ini di beli pukal dan di jahit di luar negara dengan tenaga penjahit yang lebih murah. Antara satu lagi sebab kenapa banyak berlaku pengaliran mata wang ke luar negara - dilema antara menjadi pengguna berhemah atau mempertahankan negara yang berdaulat.

Jenis segi tiga pendek
 
scallop

buttoned

labuh

segi tiga labuh

KLIK UNTUK TERUS MEMBACA. ..

Menjahit dan Kesihatan Tulang Belakang - Pengenalan

Bagi yang mencintai, menjahit adalah satu aktiviti yang mengasyikkan. Kadang kala aktiviti menjahit boleh melarat sehingga lupakan minum dan minum, malah masa tidur juga di abaikan. Itu lah kurniaan kuasa cinta; mencintai jahitan sama sahaja seperti mencintai manusia - boleh jadi makan tidak akan kenyang, mandi tidak basah dan tidur tidak lena pun tidak mengapa.

Satu aspek pengabaian yang sering di pandang ringan oleh si penjahit adalah kesihatan Tulang Belakang. Tidak dinafikan, apa-apa sahaja hobi pasti akan melekakan. Yang membezakan, sama ada berlaku pergerakan fizikal yang minimum atau optimum dan kesannya kepada kesihatan tubuh badan.

Kita mungkin tidak sedar bahawa keseluruhan aktiviti menjahit adalah panjang tetapi membataskan banyak pergerakan. Biar nampak seperti banyak pergerakan fizikal yang perlu dilakukan seperti melukis, memotong dan menjahit, berkemungkinan, 80% dari seluruh masa ini diluangkan secara ekslusif untuk proses menjahit sahaja. Disinilah masalah akan bermula, kerana biar menggunakan mesin jahit, atau hanya menggunakan tangan, proses menjahit yang memerlukan penelitian dan ketekunan yang tinggi, akan menyebabkan si penjahit duduk dengan posisi yang sama dalam tempoh yang panjang. Ini akan memberi satu jenis disiplin yang tidak sihat, yang akan membahayakan kesihatan Tulang Belakang. 


Mengikut sumber sebuah kedai online terkemuka di Australia yang menjual produk kesihatan berkaitan masalah sakit belakang, 80% dari populasi dunia menghadapi masalah sakit belakang. Akibatnya, banyak aktiviti dan rutin harian tidak dapat dijalankan. Bayangkan dalam setiap 10 orang, 8 orang adalah penghidap  sakit tulang belakang. Dan dari 8 orang itu, mungkinkah 3 orang adalah yang bekerjaya sebagai tukang jahit dan kesemua mereka menghadapi masalah sakit tulang belakang?

Mungkin tuduhan ini releven kerana fakta-fakta berikut:

1. Kebanyakan kes sakit belakang adalah disebabkan masalah mekanikal - bermakna tidak disebabkan oleh masalah kesihatan yang rumit seperti radang arthritis, jangkitan kuman, kanser dan luka.

2. Punca utama masalah sakit belakang  adalah kerana kurang pergerakan atau beraktiviti, kurang pergerakan fizikal dalam tempoh yang panjang dan kerap.

Fakta ini agak merisaukan kerana saya yakin 80% dari tukang-tukang jahit di malaysia adalah masih jelita dan berada dalam kategori umur berikut:

"Masalah sakit belakang adalah paling kerap dihadapi oleh meraka yang berusia kurang 45 tahun!"

Selain itu, penting juga untuk melihat kesannya pada sumber kewangan.

"USD 50 Billion dibazirkan oleh penduduk Americka setiap tahun untuk merawat sakit belakang.

Penat membuat upah menjahit, akhirnya duit pergi ke poket doktor!

Saya akan menulis tips-tips yang berguna untuk mengelakkan atau meminimumkan kebarangkalian mendapat sakit tulang belakang di dalam entri hadapan.

Akhir kata, sayangi Tulang Belakang anda!




KLIK UNTUK TERUS MEMBACA. ..

Tote - Bahagian 4

>> 20 March 2012

Ini pula adalah koleksi tote bersaiz kecil, berukuran 18 x 22cm.

Untuk kekemasan pada bahagian atas, yang bermotif arnab hanya menggunakan velcrow manakala yang berjalur adalah eksperimen pertama menggunakan zip


motif arnab - velcrow
motif lobak

motif jalur - dan berzip

Untuk tempahan, sila hubungi earnideas96@gmail.com

KLIK UNTUK TERUS MEMBACA. ..

Tote - Bahagian 3

Ini adalah koleksi jahitan pada tahun lalu, iaitu tote bersaiz medium dan berukuran 36 x 24cm. Pada asalnya, saiz ini di cadangkan untuk membawa bekalan makanan dan minuman ke ofis. Elok-elok sahaja jika diletakkan sebuah tupperware makanan dan minuman yang bersaiz sederhana.

Ada 2 perkara yang menarik tentang tote yang bermotif burung ini.

Pertama, gambar burung, sebotol air yang cetek dan batu pasti akan mengingatkan kita kembali ke zaman kanak-kanak dan buku teks sekolah, tentang cerita dongeng seekor burung yang kehausan, dan dianugerahi Tuhan akan akal (dan umur yang panjang) dan dapat menghilangkan dahaga dan nestapa akibat sesat di gurun yang tandus.

Kedua, pada banyak ketika beg ini di gantung dengan cantik untuk di jual, ramai yang memberi perhatian, sambil tersenyum lebar sambil menunjuk-nunjuk kearah beg ini. Saya pasti mereka akan berkata - oh itu sama dengan langsir rumah kita!  





motif burung -tidak bertutup,  berpoket didalam
motif jalur-tidak bertutup, berpoket di luar


 Untuk tempahan, sila hubungi earnideas96@gmail.com

KLIK UNTUK TERUS MEMBACA. ..

Asas Tentang:

Idea Untuk :

Buku Jahitan

Tutorial Saya

Tutorial Bunga Fabrik dan Kertas

Tips Untuk Blogspot

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

About Me

Followers

CraftZone

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP