Tudung Syria dah Singkat?

>> 14 September 2013

Salam

Masih recovering from demam, dan nampak nya aktiviti yang paling releven dalam situasi ini adalah menaip blog.

Hari ini saya telah menerima pertanyaan dari seorang pelawat melalui menu borang pertanyaan di blog ini. Pertanyaan itu berbunyi seperti berikut:

sy nk tanya, sy ade beli tudung syria dr (censored).. sis taulah harga (censored) camne.. sy pakai 2-3 kali je dan skarang terperuk kat almari je.. sbb sy xpakai kerana dah singkat.. dulu sy pakai S.. skarang sy dah pakai M.. sbb suka tutup dada :) .. sis ade cadangan nak buat apa dgn syria tu? please help me..


Sebelum menjawab pertanyaan ini, mula-mula sekali ingin saya menyampaikan ucapan tahniah kepada saudari yang bertanya kerana telah membuat satu pengorbanan yang besar iaitu dengan berhijrah memakai tudung yang bersaiz lebih-aurat-compliance. Pastinya pengorbanan itu akan mendapat rahmat yang besar dari Nya kelak.

Sedia maklum, harga tudung-tudung syria berjenama yang di jual di luar sana agak membocorkan poket dan purse. Tetapi tidak di nafikan, pilihan fabrik, warna dan corak yang di sediakan memang menarik dan akan membuatkan tidur malam kita tidak lena jika tidak mendapatkannya. Tetapi jika dilihat terperuk di dalam almari, alangkah sedihnya juga.

Oleh itu, untuk menjawab persoalan ini, sila lah lihat foto yang telah saya rakamkan di bawah (maaf foto kurang berkualiti sebab pakai henfon nor-kiah mak yang sudah berusia) 


tudung syria dan inner biasa - perbandingan saiz


So jawapan nya: boleh lah di recycle dan di jadikan inner ninja biasa (contohnya). Inner ni ringkas dan hanya memerlukan 2 keping kain yang tidak perlu bercantum pun. Jadi tanpa membuka jahitan tudung syria asal, saudari boleh terus potong sahaja mengikut pola dan lebihan pada bahagian di bawah, boleh lah di jadikan bahagian awning nya. Kalau nak buat inner ninja bersilang pun boleh, sebab bahagian awning tu tak memerlukan banyak fabrik pun sebenarnya.

Bagi yang tidak biasa memakai inner melekap di dahi, boleh lah di tambah pengeras kain dalam 4-5 cm lebar (ikut citarasa sendiri ) agar bahagian di atas akan ada sedikit awning untuk menjadikan nya inner ninja berawning.

Tapi kalau malas nak fikir, paling mudah potong 4 segi sahaja dan jadikan lah inner yang 4 segi segi ala serkup macam inner saya di bawah ni.

inner 4 segi ala serkup dengan awning

Inner di atas ini adalah versi ada awning dan berjahit di bahagian  belakang. Kalau pandai ekjas, boleh la dapat 2 keping; satu sendiri pakai, satu lagi kasi anak pakai. Atau kalau nak kreatif lagi, buat la inner 4 segi ala bertingkat (maaf, tak de sample). 


Kalau nak buat inner bisa yang berlubang di belakang pun boleh. Sila lihat link ini.

 Selamat Mencuba.







0 comments:

Post a Comment

Asas Tentang:

Idea Untuk :

Buku Jahitan

Tutorial Saya

Tutorial Bunga Fabrik dan Kertas

Tips Untuk Blogspot

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

About Me

Followers

CraftZone

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP