Tutorial Sulaman Riben (Japanese Ribbon Embroidery) - Siri 1

>> 24 May 2013

Ebook Sulaman Riben ini antara yang paling saya suka dan telah disimpan dengan agak lama di dalam perpustakaan maya komputer. Simpan aje untuk tatapan mata, tetapi tidak mempraktiskannya. Selepas diperam lebih setahun lamanya, malam ini saya nak kongsikan ebook ni untuk penggemar sulaman riben.

Patern 1 - guna teknik flat stitch
Keseluruhan saiz ebook ni agar besar sebenarnya, dan di dalam nya ada 5 patern sulaman reben yang menggunakan teknik-teknik sulaman reben yang berlainan. Sebagai contohnya, bahagian yang saya kongsi kan kali ini menggunakan teknik Flat Stitches yang agak straight-forward. Jadi untuk memudahkan proses mengupload dan mengdownload, saya telah potong-potong saiz ebook ini menjadi saiz-saiz yang lebih kecil.

Dibahagian permulaan ebook ini ada di tunjukkan cara-cara asas untuk menyediakan reben, bagaimana untuk transfer pola ke kain, bagaimana untuk mengemaskan bahagian bawah sulaman dan bermacam bagai. Bahagian jenis-jenis jarum dan alat-alatan kelengkapan menyulam tu boleh diabaikan sebab saya sendiri pun tak faham :)

sketching/ pola untuk patern



Selain itu, ebook ini juga di tulis dalam bahasa jepun (sah-sah lah ebook ini bukan di tulis oleh saya..). Tapi jangan risau. Ebook dalam bahasa jepun kadang-kadang lebih mudah diikuti daripada ebook yang di tulis dalam bahasa inggeris. This is also to explain, kenapa orang jepun boleh maju walaupun mereka tidak mahir berbahasa inggeris.



step-by-step -> tak payah baca, ikut gambar aje

Saiz ebook ni lebih 5Meg besarnya. So sambil-sambil tunggu habis download, bolehlah pegi potong bawang dulu ke, cuci kuali ke atau kacau kucing. Ebook ini anda boleh download disini (sila klik). Patern yang lain akan saya share di dalam blog entri di lain hari. 

O ye, lepas baca atau download, tekan lah like yer. Arigato, thank you. Selamat mencuba



p.s: link untuk bagi credits ebook ni saya tak jumpa. Kepada Cik Puan jepun yang telah menulis ebook ini, thank you.
 

KLIK UNTUK TERUS MEMBACA. ..

Inner Ninja Berawning DIY

>> 17 May 2013



inner ninja yang siap - semua nya telah di extra - size kan.awning yang lebar sesuai untuk meneduh dahi dari panas dan hujan.

Hari ini saya meneruskan eksperimen menjahit inner ninja sendiri. Inner kali mempunyai awning dan menggunakan pengeras kain yang sedikit lebar saiznya. Manakala fabriknya adalah kain cotton berwarna coklat gelap, lebihan dari pelbagai projek menjahit tudung yang lepas.

Di hujung proses menjahit hari ini, say sempat membuat rakaman video menjahit saya yang pertama iaitu demo bagaimana untuk menjahit jahitan cover-stitch dengan menggunakan mesin jahit Babylock. 5 minit punya hal, terus jadi 1 jam, gara-gara membuat rakaman demi rakaman untuk mendapatkan shot yang sesuwai. Nanti saya uploadkan ke YouTube dan akan war-warkan.


proses memotong

inner beli - lebar awning nya tak sampai 3 cm

inner yang baru siap - lebar awning nya 2 kali ganda (5cm+)

inner beli - elok-elok muat muka cik mannequin

inner yang siap - semua nya telah di extra - size kan.

KLIK UNTUK TERUS MEMBACA. ..

Giveaway May 2013

2-3 hari ini saya masih menerima penyertaan "Ya! Saya Mahu!" dari pengunjung yang masih menggunakan borang penyertaan bulan April lalu. Setelah di selidik, ahirnya saya saya telah pun terjumpa dari mana - rupa nya borang itu masih tertampal di dalam salah satu blog post yang telah saya tag kan sebagai Giveaway. Borang itu telah luput tarikh "free trial" (selama 30 hari) sebenarnya. Tapi bagusnya, saya masih menerima notification melalui email lagi.

So, hari ini saya ada masa untuk membuat satu blog post yang official untuk penyertaan Bulan May pula. Sebenarnya promosi ini telahpun berjalan lebih seminggu, tetapi saya sekadar meletak kan nya di ruang-ruang widget sahaja. Walaupun begitu, ramai juga yang telah geli-geli tangan dan sudah membuat pendaftaran. Cuma saya sahaja yang tak sempat membuat update seperti yang saya janjikan. Nanti kalau saya sudah bersedia, saya akan email kan informasi itu ke alamat email-email yang telah mendaftar, ya. Sila check peti email anda pada minggu hadapan.

Bagi belum mendaftar dan nak mencuba nasib, sila klik gambar brooch yang cun di atas ini. Anda akan dibawa berjumpa satu  borang penyertaan dan sila isikan butir-butir yang di perlukan.

Tak pun, boleh boleh juga masukkan email anda di dalam kotak kosang di bawah. Asalkan ikut syarat-syarat seperti dibawah ini :

*Terbuka kepada warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia
* 2 brooch akan diberi percuma sekiranya penyertaan menggalakkan. Sila lawati blog post ini: http://jahitjahitan.blogspot.com/2013/05/brooch-satin-hand-dye.html
* Selepas "Subscribe to list", kami akan menghantar keterangan lanjut tentang Giveaway ini. Sila check email anda. 






p.s: Bagi yang telah mendaftar menggunakan borang lama, jangan risau. Nanti akan senaraikan nama anda ya. Jap, saya nak "koyakkan" borang lama itu.


KLIK UNTUK TERUS MEMBACA. ..

Brooch Satin Hand-Dye & Giveaway May 2013

>> 11 May 2013



Setelah menyiapkan tempahan bunga satin hand-dye untuk bakal pengantin (beliau telah selamat menjadi isteri orang, manakala bunga satin telah di semat di kasut pengantin katanya), saya kembali membuat beberapa lagi kuntum bunga satin dengan teknik hand-dye. Berkat mengambil cabaran dari pelanggan ini, saya telah discover beberapa teknik baru, yang memudahkan saya untuk men-dye dan mengeringkan satin sebelum di cantum-cantumkan menjadi bunga. Sebenarnya ramai juga pelanggan saya yang seperti ini - cetusan order dari mereka telah memberi saya cetusan idea-idea baru.



Pagi tadi, saya masih menerima pendaftaran baru untuk Give Away April yang telah pun di tutup. Saya yakin telah remove semua pautan borang penyertaan, tetapi mungkin masih ada yang tertinggal di sana sini dan yang tak sempat saya fikirkan. Oleh kerana itu, saya bercadang untuk memberi Give Away untuk bulan May pula !

Berkemungkinan hadiahnya adalah 2 dari brooch-brooch yang bersaiz 2.5 inci ini dan kali ini akan ada 2 orang pemenang! Peserta boleh memilih di antara 4 pilihan warna ini, yang mana mereka suka. Tapi Tunggu!  Saya belum membuat persiapan - iaitu borang "Ya! Saya Mahu" yang baru. Insyallah, pada minggu hadapan akan saya war-warkan. So rajin-rajinlah check blog ni semula ya. (p.s: peserta yang telah mendaftar pada pagi tadi akan saya sertakan dalam senarai baru nanti)

pilihan 1: purple + maroon



pilihan 2: merah - 2 tone

pilihan 3: kuning + merah

pilihan 4: kuning + purple




KLIK UNTUK TERUS MEMBACA. ..

Inner Ninja Silang DIY

>> 9 May 2013

Hari ni mesin jahit tepi yang ter-rosak sudah siap dibaiki, dan saya pergi menjemput nya denagn penuh semangat. Pada hari miggu yang lalu saya telah menghantar nya ke kedai Singer di Seksyen 9 Shah Alam. Rupanya kedai tersebut telah pun berpindah di seksyen 24, di lokasi dimana saya selalu lalu-lalang dan berkata " oh! dekat sini pun ada kedai Singer".

Ini lah mesin bertuah itu, terbang RM55 ( amik gambar ni untuk nota setting sebenarnya) 
Projek jahit Inner Ninja Silang ni memang antara yang saya nanti-nantikan. Sehari selepas berjaya menjahit Inner Ninja biasa , dan pada lewat petang di mana hujan telah turun dengan lebatnya (no computer, no tv = boring), saya telah duduk diam-diam sekali lagi sambil membuat pola untuk projek ke 2 ini. Shape "badan" nya sama saja, kecuali kali ini awning nye memerlukan 2 keping kain yang di silangkan. Pola ini juga hasil inspirasi inner ninja silang cotton yang saya telah pinjam dari seorang kawan.

ninja versi beli - kain cotton
Seperti biasa, untuk versi testing, saya hanya menggunakan lebihan fabrik yang ada. Kali ini, saya menggunakan fabrik jersey berwarna hitam.



tengah cantum kan 2 keping kain untuk bahagian awning
Secara keseluruhan nya, proses mencantum nya tak susah pun. Yang susah hanyalah perlu bertukar-tukar mesin, dan benang <- antara aktiviti yang paling saya boring, selain keseluruhan tempat menjahit bertukar menjadi semak-samun.

bahagian silang yang telah di cantunkan
Tada! akhirnya siap. Customize untuk saiz kepala saya yang sedikit besar dan panjang ini. (size inner cotton yang saya pinjam saiz nya sedikit kecil tetapi sesuai dengan kepala cik mannequin yang cumel)

siap!

front view
Pembaikan: 

1. Gap silang tu next time saya nak besarkan




saiz inner yang besar, bukan sebab kepala cik mannequin yang jendul


Projek seterusnya - nak jahit inner silang ni pakai fabrik cotton yang ada. Warna kuning raja silang dengan shocking pink, ok tak?




  

KLIK UNTUK TERUS MEMBACA. ..

Tutorial Sulaman Reben

>> 8 May 2013

Tutorial sulaman reben, menggunakan teknik-teknik yang mudah seperti loop, straight stitches dan french knots. Selain menunjukkan langkah demi langkah untuk membuat "bow", ladybugs dan rama-rama, tutorial ini juga lengkap dengan langkah demi langkah untuk membuat bunga di bawah:

  • Rose
  • Sunflower
  • Lotus
  • Lily
  • Fushia
"bow"

Rama-rama

Lady bugs


Tutorial ini boleh didownload dalam bentuk Pdf di sini.

*Credits
Nora Creeach
http://BluebonnetVillage.com
 

KLIK UNTUK TERUS MEMBACA. ..

Bunga Satin hand-dye untuk pengantin baru

>> 7 May 2013

Pasca PRU13 - cuti percuma untuk negeri Selangor.

kuntuman ke 2 - my heart fell (syok sendiri)

Mendapat tempahan bunga fabrik dari seorang pelanggan beberapa hari yang lalu, agak urgent juga sebab beliau bakal menjadi pengantin baru. Permintaan nya sedikit detailed, mahu warna cream yang ada sedikit warna biru. Perlu di matchkan dengan baju pengantin yang berwarna cream, dan ada taburan manik-manik biru. (siap kasi gambar baju pengantin yang glamer tu) Dan bunga fabrik satin ini akan di jahitnya sendiri di kasut. Bakal pengantin lagi kreatif dari tukang jahit !


Fabrik satin berwarna cream sebenarnya ada. Tapi saya dah scrap ke tepi kerana kualitinya yang kurang best, dan tak berapa cantik setelah di test dijadikan bunga. So option yang ada  - hand dye satin putih sehingga bertukar warna seperti yang di order. 

siap 2 kuntum

Cabaran pertama - dye satin macam yang customer mahu telah selesai. Buat aje, kalau tak sesuai maknanya tak de rezeki. Tu antara risiko yang saya selalu ambil, sebab selalunya bila bunga dah siap, gambar akan di ambil dan di email kepada customer. Kalau ok, baru mereka bayar dan proceed untuk penghantaran. So far, alhamdulillah tak pernah lagi yang kene reject. Sebab kalau nak suruh bayar siap-siap, takut mana tau datang ajal sebelum sempat bunga siap, akan terhutang pula di sana nanti.


Seperti biasa, proses meng dye akan mengambil sedikit masa dan juga ruang (ruang untuk menyidai). Sementara menunggu, layan result PRU dulu


setelah letak pin - testing pada t-shirt yang di pakai, bahagian blur adalah "aurat"

Cabaran seterusnya: perlu buat 2 kuntum bunga satin yang sama saiz dan sama padan. Secara jujurnya, ini adalah cabaran baru jugs. Sebab mengikut pengalaman hampir setahun lamanya, setiap sekuntum bunga yang dihasilkan selalu nya adalah unik dan tak kan boleh jadi sama dengan yang kuntum-kuntum yang di hasilkan seterusnya. Bayangkan kalau tak jadi, maknenya saya kene ulang proses hand-dye sekali laki. (erk). Alhamdulilah, tak tau kenapa kali ini siap dengan cepat sahaja.   

warna t-shirt yang di pakai pun macam kene je dengan bunga.
Ada beberapa visitor request nak belajar buat bunga ni. Yang request tutorial pun ada. Em, buat masa ni tak terfikir lagi nak buat kursus untuk ini. Sebab sebenarnya bunga ni memang kena buat banyak-banyak-banyak-banyak kali baru jadi. Takut kalau yang datang belajar nanti akan keciwa kalau tak jadi-jadi. 


Selain faktor jenis satin yang dipakai, faktor suhu api masa buat "edging" pun penting juga. Api kene di kawal agar tak terlalu panas atau terlalu sejuk (ada ke api yang sejuk?) Ia juga akan menentukan samada hujung satin tu jadi kembung dengan cantik atau sebaliknya. Kalau tak cukup kembung, instead jadi bulat nanti akan jadi bersegi. Kalau terlebih kembung pun tak cantik juga. Tapi proses yang paling kritikal adalah masa potong kain satin yang licin tu. Bayangkan saya perlu potong setiap keping tu satu-satu dan dengan saiz yang lebih kurang sama sebanyak lebih 20 keping untuk setiap sekumtum bunga (kene potong untuk spare juga, incase ada yang akan rosak masa edging). Kalau tak tau teknik nya, boleh jadi saiz kelopak akan jadi tak sama. Boleh jadi anda akan menangis keboringan kerana spend masa terlalu lama unutk potong setiap kepingan itu.

Pasal tutorial pula, sebenarnya ada je tutorial buat bunga ni di internet. Tapi hampir 80% dari tekniknya telah saya ubah dengan test-test sendiri. 20% lagi tu kalau ikut 100%, maknya bunga tu tak akan boleh di jadikan brooch (sbb belakang perlu flat). Kene cari balik lah dimana, sebab tak ingat bookmark kat mana.

KLIK UNTUK TERUS MEMBACA. ..

Inner Ninja DIY (jenis biasa)

>> 5 May 2013


5 May 2013, hari mengundi, hari kontroversi. Seperti yang di jangkakan, hujan telah turun dengan lebat sekitar lewat petang, cukup dengan angin, guruh dan kilat. Hujan memberi rahmat kerana terpaksa duduk termenung sebab tak boleh buka pc, tv dan pemenuh masa lapang lain yang memerlukan penggunaan elektrik. Hujan memberi rahmat kerana setelah duduk dengan bosan, saya telah memulakan projek baru - iaitu cuba jahit sendiri fesyen inner terkini, iaitu Inner Ninja.

Inner yang berwarna hitam ni dibeli beberapa hari yang lalu. Pada mulanya kurang berminat untuk mencuba, kerana pada pendapat saya inner yang melekap seperti ini hanya sesuai untuk mereka yang bermuka kecil dan tak temban seperti saya (hee). Namum persepsi itu telah berubah beberapa hari lalu. Setelah menjalankan soal siasat dengan intensif, maka saya telah berjaya membeli sehelai inner ninja cotton berwarna hitam ini. Seperti biasa, saiz lah yang menjadi masalah kerana saiz kepala saya sedikit besar dan panjang. Tapi, saiz ni lah yang so far, paling sedap dan logik untuk di pakai

Ninja sample yang saya beli - hitam, cotton sedikit ketat lah tapi
So, ketika hujan turun lebat, dan kilat sabung menyabung, saya pun memulakan projek ini dengan membuat pola sendiri. Cuma agak-agak sahaja dan adjust sedikit terutama pada bahagian awning dan leher yang saya sengaja besarkan sedikit, untuk tujuan keselesaan sendiri


Pola dengan tarikh lahir - hari ni. Macam tudung juga, ia ada 2 bahagian iaitu "badan" dan "awning"
Teruja nak pakai kain cotton ni, especially yang warna shocking pink ni. Tapi nanti dulu!



cotton dalam simpanan - shocking pink dan kuning raja


Saya pakai kain jersey je dulu. Lebihan dari projek tudung sebelum ni. Tak pikir pun mana "basi" watsoever, potong je. So far semenjak buat soal-siasat pasal inner ninja ni, tak pernah lagi jumpa orang jual inner ninja dari fabrik jersey. Curious juga nak tahu kenapa. Nak tau sebabnya? Jom buat dulu.


guna lebihan kain jersey
Hujan dah berhenti, so jahitan pun bermula, sambil dengar perkembangan pasal PRU13. (tak pasal je hari ni jari ku berwarna biru). Setelah separuh jalan, mesin jahit tepi sempat buat hal. Pisau pemotong kain tak berfungsi. Agaknya sebab dah lama sungguh saya tak pakai mesin ni. Apapun, projek harus di teruskan. Sebab pisau mesin tak berfungsi, so kene potong tepi kain cantik2 sebelum di jahit tepi. (esok kene hantar mesin ke kedai nampak nya)


tengah temukan awning dan badan

Final touch-up. Jahit cover stitch pada bahagian bawah.

final touch-up : jahitan cover stitch

Siap pun!

siap

Perbandingan dengan sample inner yang dibeli, awning dan leher sengaja saya besarkan sedikit

perbezaan dengan yang di beli


Dah siap, maka bermulalah proses "fitting". Setelah di cuba, wah memang sangat selesa! Malah boleh sembunyikan lebihan lemak di pipi juga:) Tak sangka, try sekali terus jadi. Maka pola yang bertarikh 5 May 2013 ini telah saya labelkan sebagai "LULUS" ! (tak perlu editing)


status pola: lulus

Memandang kan ketika ini, saya hanya memakai kain batik, belum makan dan belum mandi, maka untuk tujuan demo, saya pakaikan inner ninja ni pada cik mannequin. Kepala cik mannequin ni sebenarnya sangat kecil berbanding kepala saya, so nampak macam inner ni besar untuk saiz die. Ok juga kain jersey ni, tak de pakai pengeras kain pun. (tengok bhgn awning)

cik mannequin - front view

View bahagian belakang. p.s: pardon, cik mannequin tak pakai baju

cik mannequin: back view

Moral: Kain jersey ni sedikit licin la berbanding kain cotton yang banyak orang pakai tu. Tu sebab orang tak buat pakai kain jersey agaknya sbb nak jahitnya leceh sikit. Dan mungkin juga sebab bila licin, nanti selendang akan senang jatuh. Berbanding pakai pakai cotton, selendang akan "duduk" diam cantik-cantik. Tapi jersey ni ada "volume" lah, saya suka! Apapun yang penting saya rasa sangat selesa sebab inner ni telah di custom-sizekan untuk saiz kepala saya. Kepada yang mempunyai saiz kepala yang besar yang unik mcm saya, saya faham masalah anda. Masalah mu, masalah ku juga.

Kalau ada yang berminat untuk mendapatkan tutorial ni, sila letak komen "ya saya mahu" kat bawah. Kalau ramai yang nak, baru saya buat.

Ok, jom tgh tunggu result PRU13.

KLIK UNTUK TERUS MEMBACA. ..

Asas Tentang:

Idea Untuk :

Buku Jahitan

Tutorial Saya

Tutorial Bunga Fabrik dan Kertas

Tips Untuk Blogspot

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

About Me

Followers

CraftZone

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP